renungan

hiburkanlah hati anda sebab hati itu cepat bosan dan mudah berasa letih. Tetapkanlah pelbagai cara dan carilah daripada sekalian cara itu yang mempunyai seni hikmah dan ragam makrifat
















Allah Maha Pengampun

Allah Maha Pengampun

andai ada apa-apa cadangan anda boleh komen atau berinteraksi dengan ana secara online di sini

Beratnya Sebuah Amanah

Suatu ketika Khalifah 'Umar bin Khatthab RA, telah menyita seekor unta milik anak lelakinya sendiri, ketika dilihatnya unta itu berada di pasar. Beliau mengetahui benar bahawa unta itu menjadi gemuk kerana digembalakan bersama-sama dengan beberapa ekor unta lain milik kaum Muslimin yang diurus oleh Baitul Maal. Penyitaan tersebut dilakukan atas dasar alasan bahawa unta milik putera Amirul Mukminin itu, oleh penggembalanya digembalakan di suatu tempat penggembalaan yang paling baik. Hal itu oleh Khalifah 'Umar dipandang sebagai perbuatan menyalahgunakan kekuasaan negara kerana unta itu bisa ditempatkan di tempat gembalaan yang paling baik disebabkan unta itu milik putra Amirul Mukminin. Kerana itu beliau memerintahkan anaknya supaya segera menjual unta itu dan hanya diperbolehkan mengambil pokoknya. Sedangkan keuntungan dari penjualan tersebut diserahkan kepada Baitul Maal.Kerana tindakan hukum yang ketat itu, banyak para sahabat Rasulullah SAW, yang keberatan menerima pengangkatan sebagai pejabat negara, kerana mereka faham betul bahawa jawatan tersebut memiliki amanah yang sangat berat. Ertinya, jawatan negara hanya layak diduduki oleh orang-orang yang memiliki kemampuan untuk melaksanakan jawatan tersebut dengan benar.Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadis yang berasal dari Abu Mas'ud Al-Anshariy, yang mengatakan sebagai berikut: Rasulullah SAW pernah mengangkatku sebagai petugas pengumpul zakat. Beliau berkata: "Hai Abu Mas'ud, berangkatlah, semoga pada hari kiamat kelak aku tidak akan mendapatimu datang dalam keadaan punggungmu memikul seekor unta sedekah yang meringkik-ringkik, yang kau curangi". Aku menjawab: "Jika demikian aku tidak berangkat!" Beliau menyahut: "Aku tidak memaksamu."Demikianlah, para sahabat Rasulullah SAW telah memahami bahawa kedudukan atau jawatan pemerintahan adalah sebuah amanah yang berat. Pertanggungjawabannya tidak sebatas di dunia saja, melainkan juga di akhirat. Kerana itu mereka tidak segan-segan bertindak tegas orang-orang yang berbuat kecurangan, meski pelakunya berasal dari anggota keluarga mereka sendiri.Mereka juga lebih memilih untuk tidak menjadi seorang ketua, apabila khuatir tidak akan mampu memegang amanah kepemimpinan yang dibebankan di pundaknya. Kini orang bahkan berebut untuk meraih jawatan dan kedudukan dalam pemerintahan, dengan berbagai cara dan upaya. Hal itu dilakukan tanpa mempertimbangkan lagi amanah kepemimpinan yang harus dipertanggungjawabkannya di dunia dan akhirat kelak. Wal hasil, terjadilah banyak penyalahgunaan wewenang dan jawatan, hingga akhirnya rakyatlah yang menjadi korban.

peliharalah solat jemaahmu sahabat

Akhlak Umpama Bunga

Bila bercakap tentang sekuntum mawar, bayangan indah, harum akan tergambar di benak kalangan kita. Mawar adalah sekuntum bunga yang bukan sahaja indah dan cantik, bahkan harum pula. Ramai yang sukakan bunga ini. Lelaki atau perempuan semua suka. Cuma kekadang lelaki agak egois untuk mengakuinya. Biasalah... kan guys?! Gimme five!! Dalam hidup bermasyarakat dan bersahabat, kita jadikanlah diri kita sebagai bunga yang disukai oleh semua orang. Bukan senang untuk mencuri hati semua orang ni. Lain manusia lain sifat dan perangainya, kan? Tapi walau apapun manusia, mereka tetap punyai fitrah yang sama. Mungkin kulit mereka tak sama, atau jam tangan mereka tak serupa, tetapi fitrah mereka sama dan serupa. Fitrah manusia sukakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia umpama bunga mawar yang disukai oleh setiap orang. Lihatnya pun dah sejuk hati, bahkan kasih sayang pula ditebarkan luas-luas untuk dinikmati bersama. Akhlak mulia seperti selalu menghormati orang tua yang lemah, mengasihi kanak-kanak, menghargai kaum perempuan,tidak menyakitkan hati orang lain, bercakap dengan nada yang lembut, murah dengan senyuman dan macam-macam lagi adalah contoh akhlak yang disukai oleh semua manusia walau siapapun mereka. Bukan saja manusia, kucing, kerbau dan lembu susu pun suka kalau kita tidak menyeksa mereka. Akhlak dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Akhlak termasuk dalam perkara-perkara yang asas dalam Islam dan tidak dibenarkan berlaku perselisihan pendapat padanya seperti mana persilisihan pendapat yang berlaku dalam cara dan rukun ibadah seharian seperti solat, wudhuk, zakat dan sebagainya. Akhlak diletakkan dalam priority agama dalam ranking yang kedua selepas akidah.

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat


Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati


LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
0 Responses
  • Halaman

    jalan menuju tuhan

    Senarai Blog sahabat

    Man Ana ( who am I)

    Foto saya
    GERIK, PERAK, Malaysia
    jadilah kamu seorang yang berbergurukan pengalaman kerana ia adalah guru yang paling memberi kamu pendidikkan kepadakamu dan janagnlah halang kata hatimu kerana ia adalah pembelajaran mu untuk melakukan sesuatu yang memberi sesuatu erti kapada kamu.. karana itu adalah punca bermulanya pendidikkanmu dengan guru mu yang bernama penhalaman... ia menjanjjikan kmu seribu pengalaman yang berguna untuk mu yang sering terlena dibawa arus hati mu yang gulana itu tiada apa disini yang hendak mengubah hati dan pegangan mu melainkan pengalaman mu yang menginginkanya...

    sahabat

    Muhasabah Diri

    Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri(melalui) mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu. Tentang tazkirah ini, rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat memperingatkan saya dan saya pula memperingatkan sahabat. Betulkan? Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya? Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.] Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Kita mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Saya mahu beri satu contoh yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita. Pada hari sahabat baca emel ini, adalah hari yang pertama. Muhasabah berjalan seperi biasa. Kata sahabat (di dalam hati), esok sahabat mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah. Sahabat harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka. Yang kita jangka seperti , selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu "BONUS' dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan. Di situlah kita menabur kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan ! Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit-ungkit kebaikan yang telah kita lakukan ! Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kita tak payah susah-susah pikir/ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu maksudnya hati itu kotor! Ya lah... Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan. Bagi muslim sebenar, kita kena renung dan pikir atau kita kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.

  • MASA ITU EMAS


    9 pringkat solat

    Golongan 1.



    Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umatislam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang taktahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalautak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik(pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.















    Golongan 2.








    Orang yang mengerjakan sembahyang secarazahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupunsecara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentangsembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosabesar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada AllahTaala.















    Golongan 3.








    Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkantahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawannafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi merekaini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masadan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocohkacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah,bermusafir, letih dan penat, maka ia taksembahyang.Orang ini jatuh fasik.















    Golongan 4.








    Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunyatepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatubacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnyapada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkantak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadifikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalaidalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.















    Golongan 5.








    Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaansembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannyamasih melayang mengingatkan perkara dunia, dek keranafaham saja tetapi tidak dihayati. Golongan inidikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.















    Golongan 6.








    Golongan ini baik sedikit dari golonganyang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalamsembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekalalalai pula. Bila teringat sesuatu didalamsembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal danseterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba makainsaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya sertafikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaandidalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesaisembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah(ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih takterdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepadaAllah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahanditerima oleh Allah, mana yang lalai itu moga mogaAllah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilaisembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberikesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.















    Golongan 7.








    Golongan yang mengerjakan sembahyangyangtepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiaplafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidakterbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehinggapekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yangdifikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhisembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan sepertiperniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhisembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allahdidalam sembahyangnya. Golongan ini disebutorang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.















    Golongan 8.








    Golongan ini seperti juga golongan tujuhtetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan sajafaham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaansembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaanfatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnyapada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasaidan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengandunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedardengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allahdapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilahgolongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yanghampir dengan Allah )















    Golongan 9.







    Golongan ini adalah golongan yangtertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan sajaibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyangmalahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana iayakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Iatelah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Inidapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketikapanah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ialakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyangitulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengansembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengantuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nakmengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnyalangsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadidisekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinyahanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebutgolongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.







    Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyangitu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita ditahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang bolehmembangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dariyang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkanmahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlakyang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lainjatuh pada kufur fasik dan zalim.







    Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilahdiri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita diakhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilahbersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuandari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semogatertegak kembali daulah Islam.